18 Mac 2012

Rahsia Warna.

Assalamualaikum..

Warna apa yang anda suka? Aku? Biru. Jom, kita ketahui rahsia  warna. Disebabkan aku suka BIRU, kita mula dengan warna biru lah.. OK?

Biru : Anda seorang yang boleh diharapkan. Kamu sentiasa menghulurkan tangan apabila ada yang memerlukan pertolongan. Kamu suka bersosial tetapi ada ketikanya kamu inginkan masa untuk bersendirian. Kamu juga seorang yang praktikal dan selalu membuat keputusan secara logik.


Merah : Kamu seorang yang tahu berseronok. Walaupun kadang-kadang kamu suka berdrama, tapi ramai yang suka cara kamu begitu. Jadi, tak perlulah kamu hipokrit dan menjadi diri orang lain. Kamu juga memberikan pendapat dan tak tahu malu untuk bersuara. Apa yang menarik tentang kamu ialah kamu seorang yang mengambil berat tentang orang lain.

Indigo : Kamu seorang gadis yang lemah lembut dan menarik. Kamu sentiasa menjaga adab sopan. Kamu juga sentiasa nampak manis dan berbudi bahasa. Kamu bukan sahaja disayangi oleh keluarga, malahan kawan-kawan juga turut menyukai kamu.

Kuning : Kamu seorang yang suka menceriakan suasana. Bersikap positif dalam segala hal. Kamu disayangi oleh ramai orang dan mempunyai sifat yang mulia dan membuatkan orang suka berkawan dengan kamu. Bukan itu sahaja, kamu juga terkenal dengan kekreatifan dan kecomelan kamu.

Hijau : Kamu mempunyai ramai kawan kerana sikap kamu yang ramah dan suka bergaul. Selain itu, kamu seorang yang bijak dan sentiasa inginkan maklumat baru tentang segala hal. Buku jadi temann hidup kamu walau kemana sahaja kamu pergi. Sebagai gadis hijau, kamu juga sukakan benda-benda yang mesra alam untuk menjaga kesejahteraan Bumi.

Ungu : Kamu sangat disenangi dan juga seorang yang setia. Ramai yang merujuk kepada kamu apabila mereka memerlukan nasihat. Sikap kamu yang tenang apabila menghadapi sesuatu masalah menjadikan kamu idola untuk mereka menyelesaikan masalah yang dihadap. Kamu juga muraha dengan senyuman.

Oren : Kamu  mempunyai sifat toleransi yang tinggi. Kamu juga spontan dalam kehidupan. Kamu tidak suka sesakkan fikiran kamu dengan masalah yang remeh temeh. Suka berharap dan mempunyai sikap yang berubah-ubah. Banyak kawan yang suka berkawan dengan kamu sebab kamu seorang yang dermawan.


Aku dapat semua maklumat ni dari Perpustakaan Kinabatangan.. Lagipun aku jenis yang suka membaca buku untuk menghilangkan bosan. Jadi, kalau tidak tengok buku dalam sehari, seperti tidak lengkap jadual harian ku.

Terima kasih kerana  sudi meluangkan masa anda untuk membaca entryku.