18 Mac 2012

Rahsia Warna.

Assalamualaikum..

Warna apa yang anda suka? Aku? Biru. Jom, kita ketahui rahsia  warna. Disebabkan aku suka BIRU, kita mula dengan warna biru lah.. OK?

Biru : Anda seorang yang boleh diharapkan. Kamu sentiasa menghulurkan tangan apabila ada yang memerlukan pertolongan. Kamu suka bersosial tetapi ada ketikanya kamu inginkan masa untuk bersendirian. Kamu juga seorang yang praktikal dan selalu membuat keputusan secara logik.


Merah : Kamu seorang yang tahu berseronok. Walaupun kadang-kadang kamu suka berdrama, tapi ramai yang suka cara kamu begitu. Jadi, tak perlulah kamu hipokrit dan menjadi diri orang lain. Kamu juga memberikan pendapat dan tak tahu malu untuk bersuara. Apa yang menarik tentang kamu ialah kamu seorang yang mengambil berat tentang orang lain.

Indigo : Kamu seorang gadis yang lemah lembut dan menarik. Kamu sentiasa menjaga adab sopan. Kamu juga sentiasa nampak manis dan berbudi bahasa. Kamu bukan sahaja disayangi oleh keluarga, malahan kawan-kawan juga turut menyukai kamu.

Kuning : Kamu seorang yang suka menceriakan suasana. Bersikap positif dalam segala hal. Kamu disayangi oleh ramai orang dan mempunyai sifat yang mulia dan membuatkan orang suka berkawan dengan kamu. Bukan itu sahaja, kamu juga terkenal dengan kekreatifan dan kecomelan kamu.

Hijau : Kamu mempunyai ramai kawan kerana sikap kamu yang ramah dan suka bergaul. Selain itu, kamu seorang yang bijak dan sentiasa inginkan maklumat baru tentang segala hal. Buku jadi temann hidup kamu walau kemana sahaja kamu pergi. Sebagai gadis hijau, kamu juga sukakan benda-benda yang mesra alam untuk menjaga kesejahteraan Bumi.

Ungu : Kamu sangat disenangi dan juga seorang yang setia. Ramai yang merujuk kepada kamu apabila mereka memerlukan nasihat. Sikap kamu yang tenang apabila menghadapi sesuatu masalah menjadikan kamu idola untuk mereka menyelesaikan masalah yang dihadap. Kamu juga muraha dengan senyuman.

Oren : Kamu  mempunyai sifat toleransi yang tinggi. Kamu juga spontan dalam kehidupan. Kamu tidak suka sesakkan fikiran kamu dengan masalah yang remeh temeh. Suka berharap dan mempunyai sikap yang berubah-ubah. Banyak kawan yang suka berkawan dengan kamu sebab kamu seorang yang dermawan.


Aku dapat semua maklumat ni dari Perpustakaan Kinabatangan.. Lagipun aku jenis yang suka membaca buku untuk menghilangkan bosan. Jadi, kalau tidak tengok buku dalam sehari, seperti tidak lengkap jadual harian ku.

Terima kasih kerana  sudi meluangkan masa anda untuk membaca entryku.

16 Mac 2012

Umi.

Assalamualaikum..

Selamat hari jadi, umi... Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa sihat selalu.. Amin.. :)

Kalau anda semua mahu tahu, hari ini adalah ulang tahun seorang wanita yang sangat aku sayang, iaitu umiku tersayang. :) . Kalau umi mau tau, Ayu tak pernah lalui  sehari pun tanpa mendoakan umi dan abah. -Ini rahsia sebab umi dan abah tak tau pun.



Kepada sesiapa yang menyambut ulang tahun hari ni 16 Mac 2012, "Selamat Ulang Tahun aku ucapkan"..

Special for my lovely mother.

14 Mac 2012

Cara remove timeline di Facebook.

Assalamualaikum..

Semua ada Facebook, kan? Pasti ada sesetengah daripada kita menggunakan TIMELINE, begitu juga dengan aku. Click here[Facebook ku] Tapi bagi sesiapa yang pening tengok keadaan TIMELINE tu, ada caranya untuk remove.
Aku belum lgi cuba. Masa sedang terjah blog orang tu, aku terjumpa cara untuk remove timeline. Jadi, apa tunggu lagi!  Click here[CARA REMOVE TIMELINE FACEBOOK] 


PERHATIAN!!! Aku belum lagi cuba untuk remove TIMELINE d FB Q, jadi kalau ada yang tidak menjadi, cuba tengok balik step-step yang telah dibagi tahu di blog kakak tu, OK?

Selamat mencuba. Sebelum mula tu, baca Bismillah, mana tahu kamu dapat kasih remove tu timeline.. :)

P/S: Ada sesetengah orang menjadi semasa remove timeline ni, dan ada juga yang tidak! Aku pun tak tahu apa sebabnya. 

13 Mac 2012

5 Fakta Cinta?

Assalamualaikum..

5 FAKTA CINTA...

1-KALAU D SEBABKAN MATANYA @ BIBIRNYA @ BADANNYA, ITU BUKAN CINTA.
ITU HAWA NAFSU....

2-KALAU D SEBABKAN KEPANDAIANNYA @ AKAL PEMIKIRANYA, ITU BUKAN CINTA.
ITU KEKAGUMAN

3-KALAU D SEBABKAN DYA MENANGIS TIAP KALI AWAK CUBA PERGI, ITU BUKAN CINTA.
ITU SIMPATI...

4-KALAU DYA PENYEBAB AWAK X TIDUR MALAM DAN LUPA UNTUK BELAJAR, ITU BUKAN CINTA.
ITU KEGILAAN

5-CINTA IALAH APABILA AWAK TAK TAHU KNAPA AWAK SEOLAH-OLAH TERTARIK KEPADA DYA.....
 
 
 
 

SAPS

Assalamualaikum..

SAPS? Maksudnya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Saya bagitahu bagi sesiapa yang belum mengetahuinya. Kamu bolehlah check result kamu, sebelum ibubapa datang pergi sekolah.. hehehe.. SAPS -Click here-

Terima kasih. Harap anda berusaha dengan gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang, OK. Fighting!

JERAWAT!

Assalamualaikum..

Jerawat! Aww, buat aku stress! Ada sesiapa yang suka apabila jerawat tumbuh di mukanya yang comel/kacak? Jerawat tumbuh di muka tak kira seseorang itu lelaki atau perempuan, bukan. Kenapa jerawat tumbuh?  sebab Stres?  sebab Tidak suka mencuci muka? Bila ada jerawat, pasti ada diantara kita yang suka picit-picit guna jari, kan.. Same likes me!  Bukan apa, geram tengok jerawat tu tumbuh.. ;p . Tapi sekarang,  saya sedang belajar untuk bersabar masa ada jerawat jadi tidaklah dipicit tu  jerawat.


This not my face! I found it at WEHEARTIT.

12 Mac 2012

Sejarah hidup.

Assalamualaikum..

Sejarah hidup. Setiap orang mempunyai sejarah hidupnya sendiri, bukan? Masing-masing ada sejarah yang tersendiri. Dari sejarah hidup itulah, kita  berusaha dengan gigih untuk mengubah kehidupan kita dari yang baik ke arah yang lebih baik. Betul tidak? Jika dulunya seseorang  itu pernah gagal dalam ujian, dia pasti akan berusaha untuk mengubahnya sebab dia mau mempunyai masa depan yang cerah.





Cuti sekolah.

Assalamualaikum.

Cuti sekolah yang di tunggu-tunggu mula sudah. Yahoo!!! ;) . Walaupun cuti, kerja rumah sentiasa ada. Kerja rumah yang saya perlu siapkan: Kemahiran Hidup(nota), Geografi & Sivik (kerja kumpulan). Terima kasih, cikgu! Sebelum cuti, ada ujian bulanan yang I. Pergh! Berdebar-debar sudah ni tunggu result.. Harap lulus semua subjek. AMIN! Tapi soalan ujian baru-baru ni memang tak terkata. Keliru pun ada! Hahaha! Bukan tak ulang kaji, tapi  soalannya yang mengelirukan otak, hehehe. Lepas cuti ni banyaknya lah  yang perlu dibuat. Kena buat pembentangan, perlawanan bola jaring(itupun kalau tidak ditunda) dan lain lagi(dll).

OK lah, setakat itu sajalah setakat ni. Terima kasih baca entry saya, walaupun ayatnya tidak berbunga-bunga.
Nurhidayu.